Tuesday 24 April 2012

2. SIMPULAN BAHASA DALAM SYAIR


contoh
(a) wahai teman bijak bestari,
     tuntutlah ilmu setiap hari,
     akal panjang itulah dicari,
     akal bulus cuba hindari.


(b) apabila ilmu penuh didada,
     akal kancil janganlah ada,
     elakkan sindiran sepedas lada,
     budi bahasa janganlah tiada.



Saturday 21 April 2012

PENGGUNAAN PERIBAHASA MELAYU

3. SIMPULAN BAHASA DALAM SYAIR

contoh :
(a) wahai teman bijak bestari,
      tuntutlah ilmu setiap hari,
      akal panjang itulah dicari,
      akal bulus cuba hindari.


(b) apabila ilmu penuh didada,
     akal kancil janganlah ada,
     elakkan sindiran sepedas lada,
     budi bahasa janganlah tiada.

PENGGUNAAN PERIBAHASA MELAYU

 2. PERUMPAMAAN DAN PEPATAH DALAM PANTUN


contoh:
 (a) Bagai itik pulang petang
(cara orang berjalan yang berlenggang lenggok.)


(b) mati semut kerana gula
(manusia dapat dilemahkan dengan pujukan serta budi bahasa yang baik.)

CONTOH VIDEO PERIBAHASA

V


PENGGUNAAN PERIBAHASA MELAYU

1. SIMPULAN BAHASA DALAM PANTUN


contoh:


(a) darah daging.
-adat atau sesuatu kelaziman pada sesuatu kaum ataupun seseorang
             
                     Bergerak ke hadapan memenuhi ruang;
                          Silap bergerak jatuh tertonggeng;
                     Bukan mudah adat kubuang;
                          Pegangan sudah berdarah daging.


(b) lipas kudung
-orang yang ringan kaki tangan dan pantas membuat sesuatu pekerjaan tanpa teragak-agak
               
                  Pisang kaki di Bukit Payung;
                        Bercampur dengan daun pegaga;
                 Cepat laksana si lipas kudung;
                        Namun hidangan terlepas jua.

BIDALAN

DEFINISI



Susunan bahasa yang menarik dan mudah "melekat di mulut orang ramai". Merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan,teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.


BENTUK


Tergolong dalam kumpulan peribahasa yang mempunyai erti selapis, iaitu susunan katanya tidak berselindung tetapi mengandungi maksud yang terus dan nyata. Dikenali juga sebagai madah pujangga atau kata orang tua-tua.


contoh:
(a) biar lambat asalkan selamat
(b) takkan lari gunung dikejar
(c) berani menjual berani beli, beran pegang berani tanggung



PEPATAH

DEFINISI
Susunan bahasa yang mudah "melekat di mulut" dan menjadi sebutan yang dihayati.


BENTUK/CIRI
Terbentuk daripada sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan anggota masyarakat sehari-hari. Mementingkan pengajaran dan pendidikan. Banyak persamaan dengan bidalan.


contoh:
(a) ada padang, adalah belalang.
(b) ada air, adalah ikan.
(c) ada batang mati, adalah cendawan tumbuh
(maksudnya: setiap kawasan atau tempat memiliki adat resamnya yang tersendiri.)

PERUMPAMAAN

DEFINISI
Susunan kata dalam sesautu ayat yang memberikan makna khas dan berlainan daripada apa yang dikatakan atau ditulis, atau yang membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain.

PENJENISAN
(a) Perumpamaan yang menyebut perbandingan. (Menggunakan kata seperti, bak, bagai, macam, ibarat, laksana, umpama, dan sebagainya. Biasanya perkataan ini digunakan di pangkal ayat, walaupun ada juga yang digunakan di tengah ayat).

contohnya:
(i) bagai kucing dengan panggang
(ii) ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang
(iii) laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna
(iv) macam timun dengan durian, menggolek luka, kena golek pun luka
(v) seperti kacang lupakan kulit

(b) perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan. Contohnya:
(i) air sama air, sampah ke tepi juga
(ii) belakang parah kalau diasah nescaya tajam juga
(iii) genggam bara api biar sampai jadi arang

BENTUK/CIRI
Berasal daripada bahasa kiasan, perumpamaan merupakan salah satu daripada cabang peribahasa yang membawa maksud berlapis. Membandingkan tingkah laku manusia dengan keadaan sekitar atau alam. Lebih panjang daripada simpulan bahasa dan lebih memberatkan perbandingan.




CONTOH PENGGUNAAN SIMPULAN BAHASA

1) KATA NAMA AM
    (i) anak buah
    (ii) buah tangan
    (iii) lipas kudung
# anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.


2) KATA KERJA
    (i) ajak-ajak ayam
    (ii) buat bodoh
    (iii) pasang telinga
# ajak, buat, dan pasang masing-masing sebagai kata kerja.


3) KATA ADJEKTIF
    (i) besar kepala
    (ii) bodoh sepat
    (ii) kecil hati
# besar, bodoh, dan kecil masing-masing sebagai kata adjektif.


4) KATA NAMA KHAS
    (i) abu jahal
    (ii) mat jenin
    (iii) pak kaduk
# semua ini sebagai kata nama khas.


5) NILAI KEPERCAYAAN
    (i) air pinang
   (ii) batu duyung
   (iii) putus ubat
# semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu

SIMPULAN BAHASA

DEFINISI
Kata-Kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada perkara yang tersurat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

PENJENISAN
(a) simpulan bahasa yang mempunyai dua makna
(b) simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyau makna yang sama
contoh:
(a) Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna:
     (i) ada angin.
      maksud : 1. mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
                     2. berperangai luar biasa pada masa-masa tertentu
     (ii) anak buah
      maksud: 1. orang yang berada dibawah pengawasan seseorang
                    2.anak saudara
     (iii) buah tangan
     maksud: 1 hasil usaha
                  2. hadiah atau barang-barang yang dibawa pulang daripada perjalanan              
(b) simpulan bahasa
     (i) muka papan
     (ii) muka tebal
     (iii) muka tembok
            
bermaksud: seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu

BENTUK/CIRI
(a) terbentuk daripada penggunaan kata nama am
(b) terbentuk daripada penggunaan kata kerja
(c) terbentuk daripada penggunaan kata adjektif
(d) terbentuk daripada penggunaan kata nama khas
(e) terbentuk daripada nilai kepercayaan

PERIBAHASA

Peribahasa dalam Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat sub iaitu:
A) Simpulan Bahasa
B) Perumpamaan
C) Pepatah
D) Bidalan


BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa du dunia yang memiliki dinamika yang tersendiri.
Dalam memartabatkan bahasa Melayu, pelbagai usaha dijalankan bagi membuka mata masyarakat betapa pentingnya bahasa kerana bahasa mencerminkan jati diri sesebuah bangsa.