KAMUS PERIBAHASA

1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
maksudnya : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi.

2. Yang lama dikelek, yang baru didukung
maksudnya : Adat yang lama tetap diamalkan disamping budaya hidup yang baru,

3. Seperti lembu dicucuk hidung.
maksudnya : Orang yang selalu menurut kemahuan seseorang.

4. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
maksudnya : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang utuh.

5. Bagai kaca terhempas ke batu.
maksudnya : Sangat sedih atau kecewa.

6. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
maksudnya : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

7. Bagai aur dengan tebing.
maksudnya : Hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain dan saling membantu.

8. Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.
maksudnya : Mengalami susah senang bersama-sama

9. Bara yang digenggam biar jadi arang.
maksudnya : Mengejarkan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
maksudnya : Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
maksudnya : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil.

12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
maksudnya : Dua orang sama pihak dan darjat.

13. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
maksudnya : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan perkara yang susah.

14. Indah kabar daripada rupa.
maksudnya : Perkhabaran tentang sesuatu perkara dilebih-lebihkan.

15. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
maksudnya : Pengagihan yang sama banyak.

16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
maksudnya : Perhubungan yang sangat akrab, susah senang bersama.

17. Kacang lupakan kulit.
maksudnya : Orang yang melupakan asalnya, atau orang yang pernah menolongnya mendapatkan kesenangan.

18. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.
maksudnya : menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya.

19. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
maksudnya : tak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.

20. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
maksudnya : Bersusah-paayh terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada hari kemudian.

21. Yang bulat tidak datang bergeolek, yang pipih tak datang melayang.
maksudnya : Sesuatu bedna tidak akan datang tanpa usaha.

22. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan, nanti-nantikan.
maksudnya : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.