SEJARAH PERIBAHASA

SEJARAH PERIBAHASA MELAYU

Ungkapan peribahasa terkandung keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengalaman hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat terhadap alam sekitar mereka. Terdapat beberapa sebab atau bagaimana terciptanya sesuatu peribahasa, iaitu :
  • Perbandingan sesuatu peristiwa dengan cerita yang masyhur.
  • Hasil kiasan tentang benda-benda dan peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.
  • Terdapat peristiwa yang hasil daripada hasil kepercayaan masyarakat.
  • Berasal daripada bahasa kiasan yang digunakan pada sesuatu tempat atau masa tertentu dan kemudian terkenal kepada umum.
  • Peribahasa juga berasal daripada cerita-cerita yang masyhur kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan perbandingan.
  • Peribahasa timbul hasil daripada pemerhatian orang dahulu terhadap benda-benda yang ada dalam kehidupan mereka.
  • Peribahasa timbul akibat kepercayaan terhadap sesuatu kuasa yang luar biasa atau dari peraturan-peraturan biasa dalam kehidupan seharian.
FUNGSI PERIBAHASA

Terdapat beberapa fungsi peribahasa dalam kehidupan masyarakat seharian iaitu:
  • Peribahasa sebagai pemberi pengajaran- peribahasa mengingatkan individu tentang pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan untuk bertindak, 
  • Peribahasa memberikan gambaran kepelbagaian hidup manusia.
  • Peribahasa memberi teguran.- bertujuan menegur atau melarang membuat sesuatu.
SEJARAH PERIBAHASA CINA

Peribahasa Tionghoa dalam bahasa asalnya disebut sebagai chengyu. Mempunyai sejarah yang sangat tua seiring dengan sejarah peradaban cina dan perkembangan bahasa Tionghoa. Peribahasa Tiong Hoa biasanya terbentu dari 4 karekter yang membentuk satu kesatuan peribahasa. Keempat karekter ini mempunyai struktur tertentu yang tidak boleh diubah-ubah untuk tidak menimbulkan keracuan. 

Rata-rata peribahasa Tiong Hoa mempunyai asal usul cerita yang menarik, biasanya daripada mitologi atau fakta sejarah atau muncul hasil daripada karya sastera dari berbagai-bagai dinasti dalam sejarah cina.

Dalam halaman Tiong Hoa ini, peribahasa akan ditampilkan dalam hanyu pinyin bersama nada dan karekter latin awal kata pertama dari peribahasa tersebut. Kemudian di belakang akan ditampilkan pula karekter Han dan terjemahannya dalam bahasa Indonesia.